Apa Ada Pada Nama – EMR atau HIS

Ketika sistem pengurusan maklumat berkomputer dimulakan di Malaysia dengan pelaksanaannya di Hospital Selayang (1999) nama yang digunakan ialah ‘Total Hospital Information System’ atau ‘Sistem Maklumat Hospital Lengkap’. Nama yang sama digunakan di Hospital Putra Jaya, Serdang, Ampang, Sugei Buloh dan banyak lagi hospital. Nama ini menekankan niat untuk menggunakan Teknologi Maklumat (Information Technology) secara menyeluruh iaitu memudahkan kerja untuk semua fungsi dan di semua unit, menggantikan sistem sebelum itu. Malah pemberi khimat di Hospital Selayang sangat sangat menghargai bagaimana sistem maklumat hospital memudahkan kerja kerja seharian mereka.

Namun baru baru ini, Kementrian Kesihatan telah mengutarakan cadangan untuk melaksanakan Rekod Perubatan Elektronik (Electronic Medical Record) di seluruh negara dengan kadar cepat  (“…fast-track EMR implementation across MOH hospitals and clinics nationwide..”). Bila saya merungut tentang penggunaan nama, yang saya anggap salah, ada orang menjawab “biarlah apa nama jua pun asal sistem merekod atas kertas digantikan”. Jawapan ini menunjukkan salah faham mengenai mengapa kita menggunakan sistem berkomputer. Tujuan Teknologi maklumat digunakan dalam bidang perkhidmatan penjagaan kesihatan (seperti juga yang digunakan dalam bidang lain) adalah untuk memudahkan kerja dan menoptimumkan penggunaan data sebagai sumber yang berharga.

Rekod perubatan adalah catatan apa yang dibuat dan apa yang berlaku keatas pesakit mengikut kronologi. Kalau komputer digunakan sekadar untuk tujuan itu, aplikasi paling sesuai adalah aplikasi pemproses perkataan (word processor) seperti Microsoft Word. Sebaliknya, tetapi jika kita hendak gunakan teknologi maklumat untuk membantu kita membuat kerja, kandungan sistem mengandungi sistem kecil atau modul untuk perkhidmatan klinikal, bantuan klinikal dan juga pengurusan. Struktur sistem juga menjadi kompleks dan memerlukan usaha, kepakaran dan belanja yang tinggi untuk mencipta dan melaksanakannya. 

Mereka yang menggunakan istilah “Sistem EMR” kerap berkata itu hanya nama, maksud sebenarnya ialah sistem yang komprehensif (nama ini digunakan ia popular). Namun oleh kerana nama yang dipakai, fikiran mereka menjadi celaru. Mereka membina dengan menukar borang kertas kepada borang elektronik, lalu menjadikan mencipta borang sebagai usaha utama (tanpa memikirkan bagaimana data diaturkan dalam pangkalan data. Kemudian mereka merungut “Kita ada begitu banyak data, kenapa tiada orang hendak mengalikannya?”.

Kerana masih terbawa bawa dengan konsep mencatat data (documentation), mereka berpendapat sistemnya sangat mudah dan harganya pun sepatutnya murah. Baru baru ini saya mendapat tahu, ada sebuah hospital universiti menganugerahkan tender sistem maklumat hospital lengkap (yang mereka panggil ‘EMR’) dengan harga RM12 juta. Harga termurah Sistem Maklumat Hospital adalah lebihkurang RM40 juta.

Bila berinterksi dengan pegawai di Kementerian Kesihatan mahu pun di universiti, pepatah Melayu “Hanya jauhari mengenal manikam’ terlintas dibenak hati saya. Satu ketika saya terdengar dari mulut seorang Ketua Pengarah Kementerian dan seorang Timbalan Ketua Pengarah ungkapan yang sama “Saya tidak tahu sangat tentang penggunaan IT untuk hospital, tapi pada pendapat saya, ia tidak baik”.

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu dan pengalan saya dan dengan itu lahirlah artikel setrusnya dalam laman web ini bertajuk “Sistem Maklumat Penjagaan Keshatan“.

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.