Tarikh Mula Diterbitkan: 2 Ogos 2014
Tarikh Suntingan Terakhir: 16 Julai 2022
PRINSIP DAN AMALAN TEKNIK ASEPTIK
PENGENALAN
Teknik Aseptik ialah suatu kaedah untuk mewujudkan keadaan yang bebas dari pencemaran oleh organisma-mikro dengan menghindarkan kemasukan organisma-mikro kedalam medan steril dan mengekalkan steriliti peralatan semasa melakukan prosedur klinikal. Ia digandingkan dengan teknik antisepsis ia-itu mencuci permukaan badan pesakit dan tangan pelaku prosedur dengan antiseptik.
FAKTA ASAS MENGENAI MIKRO-ORGANISMA DAN JANGKITAN
Untuk memahami prinsip dan amalan kaedah ini beberapa fakta asas perlu di fahami; ia-itu:
- Organisma mikro, terutama bakteria berada dimana sahaja. Walaupun tidak dilihat melalui mata kasar, kehadiran mereka perlu diyakini.
- Organisma mikro (Bakteria, fungi, protozoa & virus) boleh menyebabkan jangkitan.
- Jangkitan bergantung kepada:
- Bilangan organisma
- Betapa bisanya (virulence) organisma berkenaan
- Tahap ransangan jagkitan ditubuh penerima
- Tahap pertahanan tubuh penerima
Kesemua faktor ini boleh dirumuskan seperti berikut:
Organisma boleh dipindahkan atau tersebar dari suatu tempat ke tempat lain melalui:
- udara,
- semburan ludah, hingus dan kahak
- sentuhan
Bilangan organismsa boleh dikurangkan dengan menggunakan disinfektan atau dinyahkan semuanya menggunakan pelbagai cara pensterilan.
STRATEGI PENCEGAHAN JANGKITAN
Semasa melakukan prosedur klinikal, jangkitan boleh dicegah melalui pendekatan berikut:
- Mengurangkan bilangan organisma mikro di persekitaran ketahap minimum dengan memilihara kebersihan ruang dan perkakasan didalamnya.
- Menggunakan antiseptik untuk menyisehkan organisma mikro pada kulit dan selaput mukosa yang hendak ditembusi oleh tusukan atau hirisan.
- Mengurangkan bilangan organisma mikro pada tubuh pemberi khidmat terutama tangan dengan membasuh tangan, memakai sarong tangan steril dan menutup badan dengan gaun.
- Mensterilkan semua alat yang digunakan dan mengelakkan pencemaran semula melalui sentuhan diantara yang steril dengan yang tidak steril.
Semasa melakukan pembedahan, risko jangkitan boleh dielakkan dengan mengurangkan faktor yang boleh meransangn jangkitan iaitu:
- Mengurangkan kecederaan dan juga mengelakkan iskemia (sekatan aliran darah) pada tisu dengan mengguna alat diatermi dengan cermat dan tidak menjahit terlalu ketat.
- Mengurangkan ketulan darah beku yang tertinggal.
- Memendekkan jangka masa pengunaan kateter / tiub saliran.
- Mengoptimakan tahap pertahanan tubuh pesakit
Jika hanya satu faktor sahaja terlibat dan berlaku sekali sahaja, tahap pencemaran oleh organisma mikro mungkin rendah dan tidak memberi kesan buruk kerana mampu dicegah oleh pertahanan tubuh. Namun jika ianya berlaku berulangan, bilangan organisma mikro akan bertambah sehingga boleh mengakibatkan jangkitan.
Terjadinya jangkitan bergantung kepada jenis organisma mikro yang terlibat.
Faktor lain ialah tahap immuniti penerima. Pesakit yang kurang neutrofil (sel darah putih) atau mengalami imuniti yang terjejas, bayi, pesakit diabetes dan kurang zat juga terdedah kepada risiko jagkitan. Oleh itu, semua prosedur klinikal perlu dilakukan dengan menepati standad teknik aseptik.
PENGGUNAAN TEKNIK ASEPTIK
Teknik Aseptik wajib dipatuhi semasa melakukan prosedur invasif seperti:
- Prosedur yang melibatkan pencerobohan keatas saluran atau rongga yang biasanya bebas dari organisma-mikro termasuk trakea, bronkus, uretera, pundi kencing, ureter, buah pinggang, rongga rahim, saliran CSF and rongga peritoneum. Contohnya termasuk:
- memasukkan tiub saliran kencing,
- endoskopi
- memasukkan tiub saluran penafasan
- prosedur invasive endoskopi
- memasukkan tiub saliran intraperitoneal (Tenckhoff catheters)
- Bila saja kulit dan selaput mukosa ditembusi
- pembedahan
- memasukkan saluran intravena dan arterial
- tusukan lumbar
- memasukkan kateter epidural
- Prosedur keatas luka kecederaan atau pembedahan
- Mencuci, menyisihkan tisu tidak viable, menjahit dan membalut luka
- Memeriksa semula luka
- Membuka jahitan
Jika sesuatu rongga mempunyai bakteria sediada seperti hidung, telinga luar, tekak dan faraj atau luka yang sudah ada jangkitan , teknik aseptik masih perlu diikuti untuk mengelakkan kemasukan bakteria yang lebih berbisa (virulent) terutama yang hidup di persekitaran hospital seperti spesi Staphylococcus aureus yang kebal, Pseudomonas aeruginosa, Klebsiella pneumonia, Acinetobacter and bakteria pengeluar enzim pelumpuh antibiotik beta-lactam spectra lebar (ESBL).
PRINSIP TEKNIK ASEPTIK
KEBERSIHAN TANGAN PETUGAS
Permukaan tangan petugas klinikal mengandungi organisma mikro yang sediada atau pun dicemari oleh organisma dari persekitaran hospital. Oleh itu petugas berkemungkinan memindahkan organisma mikro dari persekitaran, terutama dari pesakit lain, kepada pesakit yang dijaganya. Setiap petugas wajib memastikan tangannya sentiasa bersih dengan membasuh tangan sebelum dan selepas melakukan sebarang prosedur. Ini mengurangkan kemungkinan memindahkan oraganisma mikro dari suatu tempat termasuk anggota pesakit, permukaan atau perkakas ketempat lain. Namun pencucian tangan diwajibkan sebelum melakukan prosedur yang memerlukan teknik aseptik mengikut kaedah yang standad seperti berikut:
- Untuk cucian kali pertama ketika mula bertugas
- berus kuku dan celah jari dengan berus lembut atau sponge sehingga bersih. Jika kuku dan jari bersih langkah ini tidak perlu.
- Kemudiant basahkan tanagan darihujung jari hingga ke siku dengan air.
- Sapukan (lomor) larutan antiseptik sebaiknya campuran detergen dengan Propyl alcohol serta Chlorohexidine atau Povidone iodine, ke kawasan yang sama.
- Ratakan dan gosok hingga berbuih dan biarkan seketika
- Bilas dengan air
- Ulang bebrapakali (3-4 kali),
- Seluruh proses dilakukan dalam tempoh sekurangkurangnya 5 minit
- Untuk cucian ulangan selepas cucian pertama
- Tidak perlu untuk memeberus kuku dan jari walaupun untk melakukan pembedahan (kecuali tangan tersangat kotor)
- Basuh dengan air serta detergen bercampur antiseptik 2-3 kali dalam tempoh 2-3 minit
- Untuk melakukan prosedur yang tidak invasif dan intensif, cukuplah mencuci tangan dengan menggosok dengan larutan alkohol ethyl/propyl 60%.
Petugas yang membantu melakukan prosedur klinikal (di luar medan steril) pun perlu mencuci tangan. Jika perlu menyentuh benda atau peralatan yang tercemar ia perlu memakai sarong tangan tidak steril sebagi pelindung.
MEMAKAI SARUNG TANGAN STERIL
Membasuh tangan sahaja membuatkan tangan bersih tetapi tidak menjadikannya steril. Memakai sarung tangan steril membolehkan permukaan tangan dilapik dengan bahan yang steril. Dengan itu tangan boleh digunakan untuk menyentuh serta memegang benda yang steril tanpa mencemarkannya. Namun mencuci tangan masih penting kerana sarung tangan kerap kali bocor sama ada dari asal pembikinannya atau pun tertusuk atau koyak semasa digunakan. Jika keadaan ini berlaku sekurang-kurangnya tangan masih bersih.
Sarung tangan walaupun asalnya steril agak mudah dicemari melainkan pemakainya sentiasa berhati-hati. Tindakkan yang perlu diikuti termasuk:
- Sarung tangan steril mempunyai sampul luar yang melidungi kelonsong dalam yang steril. Jika melakukan tugas bersendirian, buka sepenuhnya sampul ini dahulu diatas permukaan yang rata dan mencukupi besarnya sebelum mencuci tangan. Jika ada pembantu, ia perlu memasukkan kelonsong dalaman tersebut kedalam medan steril.
- Apabila kelonsong dibuka sepenuhnya, bahagian pergelangan (pangkal) sarung sedia terlipat engn keadaan bahagian dalamnya dibalikkan keluar. Untuk memakai sarung, gunakan jari telujuk dan ibu jari sebelah tangan (biasanya sebelah kanan) untuk memegang bahagian dalam pangkal sarung yang hendak dipakaikan pada tangan yang bertentangan (biasanya sebelah kiri)
- Masukkan jari dan tapak tangan yang hendak dipakaikan sarung (biasanya kiri) sambil menarik kuat pergelangan sarung dengan jari telujuk dan ibu jari yang bertentangan (kanan) tadi. Biarkan pergelangan itu dalam keadaan berlipat. Bahagian yang disentuh dengan jari tadi dianggap tidak lagi steril tetapi bahagian hujung yang tidak disentuh masih steril.
- Masukan empat jari (kecuali ibu jari) tangan yang telah disarungkan (kanan) ke celah lipatan pergelangan sarung yang satu lagi (kiri). Bengkokkan jari dan pegang sarung tersebut diudara.
- Masukkan tangan yang belum disarung kedalam sarung tangan itu. Cekau dan tarik pergelangannya dengan kuat. Lepaskan cekauan supaya pangkal sarung terletak di atas pergelangan tangan.
- Buka lipatan dan terbalikkan pangkal sarung itu.
- Selepas kedua sarung telah terpakai, kutil bahagian hujung sarung yang pertama (kanan) yang masih terlipat dan tarik hingga tertutup sepenuhnya. Kemudian, elokkkan keadaan sarung supaya sendat pada jari dan meliputi semua bahagian tangan hingga ke pergelangan tangan.
- Bila sarung telah dipakai elakkan dari menyentuh apa jua benda dan permukaan yang tidak steril. Sentiasa beringat bahawa kulit pesakit (walaupun telah dicuci tidak steril).
- Jika sarung berlubang, koyak atau tercemar, gantikannya segera.
TEKNIK TIDAK MENYENTUH
Organisma mikro terutama bakteria berada dimerata tempat dipersekitaran termasuk diudara. Kehadirannya diudara dipersekitaran fasiliti perkhidmatan kesihatan bergantung kepada:
- kebersihan bilik dan perkakasan didalamnya
- penapisan udara
- pertukaran udara (udara lama dengan udara segar)
- pergerakan udara (dari tempat yang bersih ketempat kotor atau sebaliknya)
Fakta mengenai kehadiran organisma mikro diudara telah dikaji oleh Louis Pasteur 1887 Ref: https://ms.wikipedia.org/wiki/Louis_Pasteur
Di persekitaran klinikal kepekatan (bilangan) organisama didalam udara tersangat rendah. Ini adalah kerana udara yang masuk kekawasa klinikal ditapis dan dialirkan supaya sentiasa berganti. Oleh itu, pendedahan barangan kepada udara dalam masa singakat tidak dianggap sebagi pencemaran dan barangan tersebut tidak dianggap kesterilannya telah hilang.
Sebaliknya, sentuhan dengan sebarang objek lain yang tidak steril menjadikan peralatan steril menjadi tidak steril lagi. Dengan itu, pendekatan yang paling berkesan untuk mengekalkan steriliti ialah ‘teknik tidak menyentuh’. Asas kaedah ini ialah penciptaan proses kerja yang memastikan benda yang steril atau telah disucikan tidak bersentuhan dengan sebarang benda yang tidak steril. Ianya tercapai denan mengkaji keaadaan dan langkah (semasa membuat kerja) yang mungkin menyebabkan pencemaran melalui sentuhan dan menghindarkannya dari berlaku.
MENGURANGKAN BILANGAN ORGANISMA MIKRO PADA TUBUH PESAKIT
Kulit pesakit didiami oleh bakteria sedia ada atau asal. Kepesatan bilangan bakteria bergantung kepada bahagian tubuh berkenaan. Secara umum bakteria yang lumrah ialah Staphylococcus epidermidis tetapi di bahagian punggung kerapkali terdapat spesis Escherichia coli. Penghuni tetap ini tidak berbahaya ketika di permukaan tetapi boleh mengakibatkan penyakit serius jika masuk ke saluran darah dan melaluinya ketempat yang jauh seperti injap jantung, laluan air kencing, sistem aliran biliari, paru-paru atau otak. Sebaik sahaja seseorang dimasukkan ke hospital, kulit mereka dihinggapi dan didiami oleh bakteria dari persekitaran hospital seperti spesis Staphylococcus aureus yang kahar. Kulit pesakit tidak boleh disterilkan. Namun bilangan bakteria boleh dikurangkan dengan menggunakan antiseptik seperti Povidone iodine, Alkohol 70% , Chlorhexidine 1:200 atau ramuan campuran kimia tersebut.
Ketika membuat prosedur invasif, peralatan akan terkena atau menembusi permukaan tubuh pesakit ia-itu samada kulit atau selaput mukosa. Kulit pesakit didiami oleh bakteria dan fungi sediada (contohnya Staphylococus epidermidis), yang asalnya tidak berbahaya tetapi boleh meyebabkan jangkitan melalui saluran darah ke organ lain seperti injab jantung, saliran air kencing, saluran biliari, paru paru atau otak. Kulit, hidung dan tekak pesakit yang menginap di hospital akan di dihinggapi oleh bakteria dari persekitaran hospital dengan kadar yang agak cepat. Sesetengah bakteria ini seperti Staphylococcus aureus adalah dari jenis yang lebih berbisa dan kebal dari yang berasal di komuniti.
PENSUCIAN PERMUKAAN KULIT & MUKOSA SEBELUM MELAKUKAN PROSEDUR
Kulit pesakit tidak boleh disterilkan tetapi bilangan bakteria boleh dikurangkan dengan menggunakan antiseptik seperti Povidone iodine, alkohol 70%, Chlorhexidine 1:200 atau campuran bahan kimia ini.
Permukaan lain seperti selaput mukosa mulut, tekak, hidung, faraj didiami oleh kumpulan bakteria tersendiri; jadi antiseptik yang sesuai perlu digunakan.
MEWUJUDKAN MEDAN STERIL
Semasa melakukan sebarang prosedur, satu kawasan khas yang dipanggil “medan steril” perlu diwujudkan. Ia bertujuan untuk mengelakkan peralatan steril dicemari oleh organisme mikro melalui sentuhan dengan benda lain yang tidak steril seperti:
- tubuh pesakit
- badan petugas
- alatan tidak steril
- perkakasan
- cecair badan
Keluasan medan steril hendaklah cukup untuk meletakkan semua peralatan yang perlu di atas permukaannya dan memberi ruang untuk petugas melakukan tugasnya. Medan steril diadakan dengan dua cara utama:
- melapik permukaan troli dengan fabrik atau kertas steril
- mengalas badan dan tempat baringan pesakit dengan kain atau fabrik sintetik steril
Mengikut kebiasaan, satu set steril dibuka sepenuhnya supaya pembungkus bahagian dalam melingkupi keseluruhan troli dan menjadi permukaan untuk bekerja. Perlatan steril tidak dibiarkan terjulur keluar dari medan steril. Hanya barang steril yang perlu sahaja boleh dimasukkan kedalam medan tersebut dan benda yang tidak steril perlu dihindarkan dari memasuki atau mendekatinya.
Pencemaran medan steril akan menyebabkan peralatan di dalamnya menjadi tidak steril. Jika petugas memakai gaun steril, tubuhnya boleh menyentuh permukaan medan steril, tetapi jika ia memakai sarung tangan sahaja, ia tidak dibenarkan berbuat demikian.
MENGGUNAAN PERALATAN DAN BAHAN LAIN YANG STERIL
Semua peralatan yang digunakan semasa melakukan prosedur invasif perlu bebas dari organisma mikro. Pensterilan menghapuskan semua jenis organisma mikro termasuk spora.
Peralatan dan bahan pakai buang lain, yang dibeli dari pembekal, sudah disterilkan dengan menggunakan gas Ethylene oxide atau atau Radiasi Gamma dan diletakkan dalam bungkusan steril.
Peralatan yang dipakai semula disterilkan dengan wap bersuhu tinggi (autoklaf) atau bahan kimia (Ethylene oxide etc.) di Unit Pensterilan Hospital. Kaedah yang sama juga boleh digunakan untuk bahan pakai buang yang belum steril seperti kain pembalut.
Sesetengah peralatan seperti endoskop terbuat dari bahan yang tidak boleh terdedah kepada suhu tinggi. Kaedah pensterilan dengan suhu rendah seperti kaedah pensterilan plasma (contohnya SterradTM) atau menggunakan desinfektan tahap tinggi dengan larutan kimia desinfektan seperti Glutaraldehyde (CidexTM), Gigasept and Peracetic acid.
Pensuciaan
Pensucian tahap tinggi menhilangkan semua bakteria dan virus and sebahagian besar spor (kecuali sesetengah bakteria seperti Mycobacterium tuberculosis). Untuk kaedah ini peralatan direndam dalam larutan disinfektan tahap tinggi sebelum sahaja prosedur dilakukan dan bukan sehari atau lebih. Biasanya penyucian tahap tinggi digunakan untuk endoskop termasuk bronkoskop, sistoskop, ureteroskop, and histeroskop.
Pensterilan endoskop boleh juga dilakukan dengan kaedah penstrilan suhu rendah. Cara ini membolehkan alat dibungkus dan sterilitinya dikekalkan. Kalau kaedah ini dipakai beberapa endoskop diperlukan. Rujukan:
CDC Guideline and CSAO Guideline.
MENGEKALKAN KESUCIAN MEDAN STERIL
Jika medan steril tercemar segala peralatan didalamnya juka akan tercemar. Jika petugas hanya memakai sarung tangan steril tetapi tidak memakai gaun steril, tubuhnya tidak boleh menyentuh sempadan medan steril. Sebaliknya, jika gaun steril dipakai, bahagian tubuh yang ditutup dibenarkan menyentuh medan steril. Pastikan perlatan steril tidak terkeluar melampaui medan steril dan barang yang tidak steril tidak memasuki medan steril.
Teknik tidak menyentuh memastikan peralatan dan perkasan lain kekal steril semasa prosedur dijalankan. Bila membuka sampul atau bungkusan petugas mestilah memastikan permukaan dalamnya tidak disentuh. Pindahkan barang didalamnya dengan menjatuhkannya ke dalam medan steril atau dengan mengambilnya dengan tangan yang memakai sarung tangan steril atau alat penyepit yang steril tanpa menyentuh bahagian luar pembungkus yang tidak steril. Untuk tujuan ini kebanyakan barang dibungkus berganda supaya bungkusan di dalam steril keseluruhan. Selepas di paindahkan semua peralatan dan bahan steril lain sepatutnya kekal didalam medan steril. Peralatan yang tercemar perlu diasingkan atau di keluarkan dari medan steril.
JIka peralatan tidak steril perlu digunakan di dalam medan steril, sarung steril kain atau plastik lut sinar perlu digunakan untuk menutupnya (prob ultrasound, mikroskop, tumbul atau suis alatan elektronik).
MEMASTIKAN PERALATAN STERIL TIDAK TERCEMAR SEMASA DIANGKUT DAN DISIMPAN
Kesterilan barangan yang steril dikekalkan dengan membungkus dalam sampul, pembungkus atau bekas tertutup. Ia kekal steril jika:
- bungkusan itu tidak terbuka atau pecah
- ia dibuka dengan betul dan dimasukkan kedalam kawasan steril sebelum digunakan
- selepas bungkusan atau set dibuka perlaan sentiasa berada didalam medan steril
- diawas supaya tidak tercemar semasa digunakan
Semasa diangkut atau disimpan kesterilan boleh hilang jika:
- bungkusan itu koyak atau bocor
- telah diresapi cecair
- bungkusan atau bekas terbuka dengan tidak sengaja
Barangan tersebut tidak boleh digunakan. Ia perlu disterilkan semula.
Semasa diangkut, barangan perlu diletak dalam kotak bertutup dan troli khas digunakan. Tempat simpanan perlu di simapan bersih, tidak di gangu serangga atau tikus dan jauh dari tampiasan air.
Memastikan Larutan Antiseptik Sentiasa Bebas dari Organisma Mikro
Kepekatan cecair antiseptik mestilah mencukupi untuk membunuh kuman dan tidak dicairkan sehingga tidak lagi berkesan (misalnya cecair Chlorohexidine 1: 2000 terlalu cair dan tidak berkesan). Tarikh luput larutan perlu tertera pada bekasnya. ‘Ujian (C&S) semasa diguna’ perlu dibuat dari masa kesemasa.
Jika larutan (seperti bahan pelincir, povidone iodine) boleh diletakan dalam bekas kecil yang steril ia perlu di sampulkan di dalam sampul kedua yang luarnya tidak steril. Jika tidak, cecair perlu dilepaskan secara terus dari bekasnya tanpa meleleh, kerana bahagian luar bekas tersebut tidak steril.
AMALAN TEKNIK ASEPTIK PADA PELBAGAI SITUASI
Teknik aseptik digunapakai untuk melakukan pelbagai prosedur dalam berbagai keadaan. Dengan itu ia boleh diubahsuai selagi segala prinsip asas dituruti.
PROSEDUR KETIKA MELAKUKAN PROSEDUR BERSENDIRIAN
Bila melekukan sesuatu prosedur bersendirian, petugas perlu melakukan proses yang tidak memerlukan tangan yang steril dahulu sebelum memaki sarung tangan steril. Contohnya, ketika menyediakan set serta peralatan untuk melakukan prosedur,arahan kerja berikut perlu diikuti:
- buka set untuk mewujudkan medan steril,
- letakkan perlatan dan larutan yang perlu kedalamnya.
- Buka sampul luar sarong tangan steril sepenuhnya sebelum membasuh tangan.
Jika satu tangan diperlukan untuk menyentuh benda atau permukaan yang tidak steril kenalpasti tangan yang akan tercemar dan pastikan sebelah tangan sentiasa kekal steril untuk digunakan untuk melakukan prosedur. Situasi dimana kaedah ini lazim digunakan termasuk:
- Menaruh tiub saliran air kencing
- Menyedut saluran trakea yang dipasang trakesostomi
- Memasing dan menanggalkan sambungan tiub saliran intravena
Memasang Tiub Saliran Air Kencing
Memasukkan tiub ke pundi kencing melalui saluran urethra perlu dibuat mengikut kaedah berikut:
- Cuci tangan dan keringkan
- Buka set steril untuk tujuan ini untuk mewujudkan medan steril
- Masukkan larutan antiseptik (chlrohexidine atau cetrimide)
- Masukkan kateter sterile kedalam medan steril
- Pakai sarung tangan steril
- Cucu keseluruhan faraj atau zakar dengan larutan antiseptik
- Letakkan kain steril didepan faraj atau bawah zakar
- Pisahkan labia minora atau locehkan kulit zakar dengan tangan yang tidak dominan (biasanya kiri)
- Cuci pembukaan urethra dengan swab kapas dicelup dalam antiseptik
- Dengan tangan kanan, gunakan penyepit untuk memegang bahagian hujung kateter dan masukkan hujung kateter kedalam saluran urethra hingga air kencing keluar
- Kalau tiada air kencing keluar tekan bahagian supra-pubik sehingga kencing keluar.
- Gelembungkan belon kateter dengan memasukkan 5-10 ml air steril
- Bukakan bungkusan set saliran dan beg untuk mengumpul air kencing.
- Pegang tiub saliran sambil memastikan hujungnya kekal steril
- Pegang bahagian penghujung luar kateter, masukkan penghujung tiub saliran dengan kaedah tidak menyentuh dan ketatkan
- Gantungkan beg penadah kencing dengan alat penggantung atau tali.
Performing Laryngeal Suction on a Patient with Tracheostomy
Hold the non-sterile sucker tubing with the left hand and the sterile suction catheter with the right hand.
Disconnecting & Reconnecting IV/Arterial cannulas
Contamination of cannulas and lines can lead to line sepsis. This is unlikely if cannulas are retained for short periods (not > 48 hours). However central lines, femoral lines and umbilical artery & vein catheters pose a higher risk which in turn may cause systemic sepsis or infection at distant sites. In neonates, a possible distressing complication is septic arthritis and osteomyelitis at the metaphyses.
The connector takes the form of a Luer lock with the tip of the line being male while the flange of the cannula is female. The inside of the tip of the line must be kept sterile. The entire flange of the cannula should remain sterile.
To disconnect, grasp the base of the cannula firmly, occlude the vein or artery with a finger and untwist the tip of the line with the other hand. The tip must then be kept sterile by holding it in the air by hanging on the drip stand with the help of a pre-prepared tape or by asking the patient to hold the line a short distance from the tip. Place a spigot or stopper into the flange of the cannula. A sheathed needle or spigot is then used to occlude and cover the tip of the infusion line.
To reconnect, remove the needle or spigot from the line tip. Then hold the base of the cannula firmly and remove the spigot or stopper. Twist back the tip of the line into the flange of the cannula.
In fact, it is quite difficult to prevent contamination during this procedure when performed by a single individual. It is better if it is performed by two persons.
MELAKUKAN PROSEDUR DENGAN BANTUAN PETUGAS LAIN
Untuk mengekalkan asepsis, kebanyakan proedur memerlukan pembabitan dua petugas: seorang atau lebih untuk melakukan prosedur didalam medan steril dan seorang pembantu untuk melakukan proses diluar medan steril.
Amalan teknik aseptik untuk keadaan berkaitan dibincangkan dibawah.
Surgery – Minor and Major (operative team and circulating nurse)
Endoscopic therapeutic procedures (performer and assistant)
Endotracheal Intubation with an ET tube
The former performs direct laryngoscopy with a laryngoscope and identifies the glottis opening. The assistant should open the sterile pack of the ETT fully. The performer picks the external end of the tube and inserts the internal end directly into the trachea without touching structures in the mouth and throat (nor should he/she bend the tube on the bare OT table!). If for any reason the ETT tube need to be put down, place it back onto the sterile package looked after by the assistant.
Memasukkan Saluran Intravena Sentral (performer and assistant).
The assistant introduces the IV cannula and all connecting tubes into the sterile field. Before the performer has inserted the cannula, he/she passes the end of the intravenous tubing (used to puncture the IV solution bag) to the assistant. The assistant connects the tubing to the bag and the fluid is run in to prime the line. The other end remains sterile in the sterile field and the performer then connects it to the intravenous cannula that has been inserted.
Inserting Chest Drains, Peritoneal Dialysis & Urinary Catheter
The assistant places all tubes and containers into the sterile field using a non-touch technique. The person inserting the tube should secure the connections before passing the containers (underwater seal bottles / urine containers / dialysate bags) to the assistant. Problems arise when the sterile catheter or tubes need to be connected to connectors outside of the sterile zone. In that situation the sterile (female) end is passed over to the assistant who will then connect it to the (male) connecter which has been kept sterile.
Performing Tracheo-Bronchial Suction on a Ventilated Patient
The aseptic technique is possible only if two care providers perform the task. One person disconnects and reconnects the ventilator tubing or Ambu bag to the endotracheal / tracheostomy tube. The other person performs the suction with a sterile catheter using both gloved hands.
When Delivering Babies
The risk of puerperal sepsis is always present (as was at the time of Semmelweis 1847 Ref: http://en.wikipedia.org/wiki/Semmelweis). Normal spontaneous delivery may be performed by one obstetrician or midwife but for instrumental delivery (vacuum extraction or forceps) at least two persons is required. The instrument pack when opened should cover a whole trolley and more. The skin of the perineum and groin need to be cleaned with Cetrimide 3% or Chlorhexidine aqueous 1:200. Ref: http://en.wikipedia.org/wiki/Cetrimide. The obstetrician should wear a sterile gown. He/she need to drape the patient with sterile sheets exposing only the perineum and the introitus.
Managing the baby (resuscitation and so on) should be a separate procedure from the delivery itself.
Performing Wound Toilet & Dressing.
It is customary to name the two parties as clean nurse and dirty nurse. Perhaps it is better to call them inside nurse and outside nurse i.e. in and out with regards the sterile field.
The outside nurse opens the outer covering of the dressing set.
The inside nurse washes her hand and wears a pair of sterile gloves. She opens the inside layer of wrapper using her hands or the forceps provided.
The outside nurse now drops gauze pieces, cotton swabs, syringe and scissors into the sterile field created and after which she pours lotions into the galley pots. She then proceeds to remove the existing outer dressing on the wound.
The inside nurse should remove dressings within the wound with a pair of sterile forceps which she then passes outside. She then cleans the skin around the wound with 70% Alcohol or Chlorohexidine. The edge and base of the wound is cleaned with Chlorohexidine 1:200 solution. If MRSA is present Povidone iodine should be used and if it is Pseudomonas, it is customary to use Acetic acid. Sodium hypochlorite and hydrogen peroxide can be used for obviously infected wounds. The wound is flushed thoroughly with sterile saline or water using a syringe.
At the early stage of wound care gauze soaked in suitable antiseptic mentioned earlier or proprietary wound filler impregnated with antiseptic can be left inside the wound. Dry gauze or proprietary dressing is used for the external dressing and fixed with any type of plaster or a transparent dressing cover can be used.
When the wound is rid of infection then gauze moistened with saline or plain proprietary dressing is used. Otherwise, no gauze is placed in the wound but a roof of foam dressing or adhesive plastic is placed over the wound and left untouched for two or more days.
Managing traumatic and surgical wounds
Where a site already has resident bacteria (i.e. nose, external ear, throat, vagina), or is an infected wound; it is also important to follow (albeit a less strict) aseptic technique in order to prevent the introduction of other more virulent organisms especially the usual hospital resident species such as Multiresistant Staphylococcus aureus, Pseudomonas aeruginosa, Klebsiella pneumonia, Acinetobacter and Extended spectrum beta-lactamase producing organisms (ESBL)
Penggunaan Spekulum & Endoskop pada Rongga Badan yang Jangkat
Rongga badan seperti mulut, hidung, tekak, faraj dan dubur mengandungi bakteria namun alat yang dimasukkan kedalamnya untuk tujuan pemerhatian perlu dicuci tetapi tidak semestinya disterilkan. Pencucuan boleh dibuat dengan disinfektan seperti glutaraldehyde [CidexTM], 70% Alcohol, Gigasept, Peracetic acid, Formaldehyde, Trigene, Sodium hypochlorite. Selepas dicuci, alatan tersebut perlu disimpan ditempat yang bersih dan dielakkan dari tercemar seperti tersentuh dengan tangan yang tidak dibasu atau permukaan yang kotor.
RUMUSAN
Amalan teknik aseptik memerlukan pemahaman tentang prinsip yang berkenaan, pematuhan kepada prosedur yang betul, keperluan yang sesuai serata mencukupi, dan persekitaran yang sesuai. Teknik yang betul memerlukan penumpuan, sikap berjaga jaga, keprihatinan dan penyeliaan.
Very good
LikeLike