Tugas Seorang Jururawat dan Fungsi Merawat

Saya telah sekian lama bercita cita menulis artikel mengenai topik ini. Mungkin sebagai permulaan, pos yang pendek ini mencukupi.
Dalam Bahasa Melayu ‘merawat’ sinonim dengan ‘menjaga’ yang bermaksud melegakan tubuh serta sanubari seseorang, membantu yang kehilangan upaya menjaga dirinya dan membina semula semangat, sepanjang hari dan malam.
Merawat adalah suatu aktiviti yang dilakukan oleh ramai orang dalam kalangan ahli masyarakat. Kita selalu bercakap atau mendengar mengenai emak menjaga anaknya, anak menjaga ibu bapa yang sudah tua, dan isteri menjaga suami yang hilang upaya. Namun perbuatan merawat tidak terhad sebagai tugas wanita sahaja. Kita pernah membaca kisah suami merawat isterinya yang sakit hingga kembali sihat. Malah, kita juga biasa dengan cerita sekumpulan orang atau komuniti yang merawat pejuang yang cedera di medan perang secara rahsia tanpa menghiraukan keselamatan sendiri.

Pada suatu ketika dalam aliran sejarah, terdapat kumpulan wanita yang menjadikan kerja merawat sebagai suatu aktiviti tersendiri hingga kemudiannya dianggap masyarakat cukup penting untuk diambil kira sebagai satu profesion. Perawat menjadi ahli dalam pasukan yang memberi khidmat kesihatan dan dipanggil sebagai Jururawat, (juru bermaksud ‘pakar’ dalam bidangnya) lalu berdamping dan bekerjasama dengan para profesional lain dengan memanfaatkan kesanggupan dan kebolehan unik yang disebut sebagi ‘merawat’.

Namun, ketika ini, tugas seorang jururawat telah berkembang sehingga merangkumi tugas tugas lain diluar kemahiran hakikinya. Skop bidang kejururawatan kIni termasuk penjagaan orang yang sakit, mempromosi kesihatan dalam kalangan masyarakat, mencegah penyakit, mengenalpasti masalah kesihatan diperingkat awal, dan melangsungkan aktiviti pemulihan. Oleh itu jururawat diharapkan dan diberi kepercayaan menjalankan sebahagian tugas tugas dalam bidang kemahiran doktor, juru farmasi, jurupulih, petugas mengambil darah termasuklah tugas tugas ahli profesion lain (belum diambil kira lagi tugas tugas atenden). Untuk semua ini jururawat diwajibkan merekod data mengenai semua aktiviti yang dilakukan. Selain dari itu beban kerja ditambah pula dengan pelbagai tugas pentadbiran dan pengurusan.

Kenapa tugas jururawat mengandungi begitu banyak kewajipan? Ianya timbul dari peranan tradisi perawat yang tugasnya berterusan 24 jam – siang dan malam (‘berjaga’ maksudnya ‘ langsung tidak tidur’). Perkhidmatan penyampaian khidmat kesihatan direkabentuk (terutama untuk penjagaan pesakit dalam tetapi tidak kurang juga untuk perkhidmatan lain) supaya jururawat sentiasa berada bersama pesakit. Untuk menhadirkan keadaan ini, juruwat perlu bekerja secara syif supaya tugas kejururawatan dapat dibuat terus menerus. Entah bagaimana, kerja syif malam dianggap kurang berat hinggakan tempohnya ditetapkan lebih panjang (mungkin kerana berjaga malam itu satu pengorbanan yang sanggup dipikul oleh penjaga).

Oleh itu, kerja kerja yang bukan tugas hakiki ‘merawat’ diberi kepada jururawat kerana meraka sentiasa berada bersama orang yang dijaga (tidak seperti doktor dan petugas lain). Tugas tambahan utama ialah pemerhatian dan pemantauan (termasuk merekodkan dalam carta) kerana tugas ini berbentuk berterusan. Memberi ubat juga menjadi tugas jururawat. Tak kan kita hendak menyuruh ahli farmasi datang waktu malam? Siapa yang lebih sesuai untuk mengajar, memerhati dan memujuk pesakit melakukan aktiviti pemulihan jika tidak jururawat? Bukankah itu sesuatu yang mudah dan boleh dilakukan oleh jururawat? Kalau jururawat boleh mengambil sampel darah mengapa hendak panggil petugas pengambil darah? Jika porter tiada, setakat menolak pesakit tidak merendahkan martabat seorang juruwat, tidakkah begitu? Lagi pun, ini lebih baik kerana dia boleh memerhati pesakit yang dihantar atau dipindahkan. Senarai tugas yang dipikul jururawat sentiasa bertambah tanpa had.

Untuk menjadi sebahagian dari pasukan penyampai khidmat kesihatan secara berkesan, profesion jururawat perlu menerima hakikat keperluan dan aturan yang disebut diatas. Jururawat harus bangga mengambil tanggung jawab melaksanakan komponen penting dalam melangsaikan plan penjagaan pesakit yang menyeluruh. Tak usahlah menganggap diri sebagai orang suruhan doktor. Kalau bersikap begini jadilah jururawat sebagai orang suruhan para ahli profesion yang lain juga (seperti disebut diatas). Sebaliknya juruawat hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu dam kemahiran yang diperlukan untuk memikul tugas ini.

Bagi pihak pengurus perkhidmatan pemberian khidmat kesihatan pula, mereka perlulah menghargai kepentingan dan betapa beratnya usaha jururawat dalam menjalankan tugasnaya. Bilangan petugas yang diagihkan kepada perkhidmatan tertentu perlu setimpal denagn kuantiti dan kepayahan tugas tugas yang perlu dibuat. Imbuhannya pula perlu setimpal dan saksama.

Dalam amalan kerja pemeberian khidmat penjagaan kesihatan moden, bidang tugas seorang jururawat melangkaui tugas hakiki ‘merawat”. Hakikat perbezaan antara ‘tugas jururawat’ dan fungsi ‘merawat’ ini perlu difahami.
Terdapat pula bahaya kecenderungan terlebih memberi perhatian kepada tugas tugas bukan hakiki hinggakan mengabaikan tugas ‘merawat’ dan ‘menjaga’. Namun itu cerita panjang, yang perlu dibincang di waktu lain.

Di kesempatan ini saya mengambil peluang memperkenalkan artikel dalam laman web saya mengenai pemerhatian dan pemantauan tugas yang sebahagian besar dipikul jururawat..

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.