Category Archives: Kategori Sistem Pengurusan Maklumat

Pos Sistem Pengurusan Maklumat

ADAKAH HIS PERLU diselaraskan DI semua hospital DALAM SESUATU ORGANISASI

Soalan ini sering ditanya atau pelaksanaannya kerap dicadangkan oleh ramai petugas mahu pun pengurus.

Selaras tidak semestinya bermaksud mengguna aplikasi yang sama. Kalau aplikasi yang sama pun, tidak semestinya sistem (architecture) yang sama. Sesetengah fasiliti lebih sesuai mengguna sistem client-server konvensional dari sistem berasaskan web atau cloud.
Aplikasi pun perlu disesuaikan mengikut keperluan setiap fasiliti (kecil besar, primer, sekunder, tertiari).

Yang benar benar perlu menggunakan sistem dan aplikasi yang sama ialah fasiliti yang digabungkan sebagai satu kluster untuk membolehkan pesakit dijaga supaya petugas bekerja secara bergilir tempat di semua fasiliti (hospital dan klinik) didalamnya. Kesulitan yang timbul ialah jika berbeza pesakit dan petugas akan menghadapi kesulitan memahami sistem. Untuk menggunakan sistem yang sama polisi dan prosedur pun perlulah sama dan semua fasiliti diletakkan dibawah satu pengurusan.

Keseragaman dan penyelarasan yang diperlukan untuk fasiliti yang berfungsi berasingan (walaupun dibawah satu enterprise seperti hospital awam atau rangkaian hospital persendirian) adalah pada nomenklatur dan terminologi serta kaedah komunikasi yang standad seperti HL7.

Kesaragaman ini akan membolehkan data dikongsi untuk maksud kesinambungan operasi contohnya untuk rawatan ulangan, kes rujukan, dan plan penjagaaan pesakit sepanjang hayat LHR). Keseluruhan rekod pesakit tidak prlu dikongsi. Memadai dengan ringkasn kes sahaja.

Keseragaman juga memudahkan pengumpulan data untuk pusat pangkalan data, bagi tujuan strategik seperti perkiraan beban penyakit (kadar insiden, daftar penyakit), beban kerja, keperluan sumber (wang, peralatan, tenaga kerja db) dan perancangan masa depan. Untuk ini, data dihantar dari pelbagai fasiliti untuk dikumpulkan secara berpusat dalam gudang data (data warehouse) atau sistem pengurusan data bidang kesihatan HMIS.
Ketika ini, kita di Malaysia belum berjaya menetapkan kandungan data yang perlu dikongsi dan pustaka kata gunasama yang dikehendaki. Usaha sedang dibuat dan perlu ditingkatkan.

Apa Ada Pada Nama – HIS atau EMR

Mengikut pendita Shakespeare, bunga ros dipanggil dengan apa jua nama masih berbau harum. Ya, kalau bunga ros dipanggil bunga mawar ia masih wangi. Namun jika bunga melor dipanggil bunga ros, lainlah wanginya. Begitulah dengan nama HIS atau EMR.

Ketika sistem pengurusan maklumat penjagaan kesihatan berkomputer dimulakan di Malaysia dengan pelaksanaannya di Hospital Selayang (1999) nama yang digunakan ialah ‘Total Hospital Information System’ atau ‘Sistem Maklumat Hospital Lengkap’. Nama yang sama digunakan di Hospital Putra Jaya, Serdang, Ampang, Sugei Buloh dan banyak agi hospital. Nama ini menekankan niat untuk menggunakan Teknologi Maklumat (Information Technology) secara menyeluruh iaitu untuk memudahkan kerja bagi semua fungsi dan di semua unit, menggantikan sistem sebelum itu. Malah pemberi khimat di Hospital Selayang sangat sangat menghargai bagaimana sistem maklumat hospital memudahkan kerja kerja mereka.

Namun baru baru ini, Kementrian Kesihatan telah mengutarakan cadangan untuk melaksanakan Rekod Perubatan Elektronik (Electronic Medical Record) di seluruh negara dengan kadar cepat (“…fast-track EMR implementation across MOH hospitals and clinics nationwide..”). Bila saya merungut tentang penggunaan nama, yang saya anggap salah, ada orang menjawab “biarlah apa nama jua pun asal sistem merekod atas kertas digantikan”. Jawapan ini menunjukkan salah faham mengenai mengapa kita menggunakan sistem berkomputer. Teknologi maklumat digunakan dalam bidang perkhidmatan penjagaan kesihatan (seperti juga yang digunakan dalam bidang lain) adalah untuk memudahkan kerja dan menoptimumkan penggunaan data sebagai sumber yang berharga.

Rekod perubatan adalah catatan apa yang dibuat dan apa yang berlaku keatas pesakit mengikut tarikh dan masa (kronologi). Kalau komputer digunakan sekadar untuk tujuan itu, aplikasi paling sesuai adalah aplikasi pemproses perkataan (word processor) seperti Microsoft Word. Sebaliknya, jika kita hendak gunakan teknologi maklumat untuk membantu kita membuat kerja, kandungan sistem akan terdiri dari sistem kecil atau modul untuk perkhidmatan klinikal, bantuan klinikal dan juga pengurusan. Struktur sistem juga menjadi kompleks dan memerlukan usaha, kepakaran dan belanja yang tinggi untuk mencipta dan melaksanakannya.

Mereka yang menggunakan istilah “Sistem EMR” kerap berkata itu hanya nama, maksud sebenarnya ialah sistem yang komprehensif (nama begitu dugunakan kerana popular). Namun dek kerana nama yang dipakai, fikiran mereka menjadi celaru. Mereka membina dengan menukar borang kertas kepada borang elektronik, lalu menjadikan mencipta borang sebagai usaha utama (tanpa memikirkan bagaimana data diataurkan dalam pangkalan data). Lepas itu, mereka hairan dan berkata kita ada begitu banyak data, kenapa tiada orang hendak mengalikannya?

Kerana masih terbawa bawa dengn konsep mencatat data (documentation), mereka berpendapat sistemnya sangat mudah dan harganya pun sepatutnya murah. Baru baru ini saya mendapat tahu, ada sebuah hospital universiti menganugerahkan tender sistem maklumat hospital lengkap (yang mereka panggil ‘EMR’) dengan harga RM12 juta. Yang saya tahu, harga termurah Sistem Maklumat Hospital adalah lebih kurang RM40 juta.

Bila berinteraksi dengan pegawai di Kementerian Kesihatan mahu pun di universiti, pepatah Melayu “Hanya jauhari mengenal manikam’ terlintas dibenak hati saya.